Semalam jogging sampai pantai. Penat gila. Balik2 ja terus pening. Batok semakin teruk dan flu semakin menjadi-jadi.
Ok,direct to the topic. Aku nak cerita sikit pasal orang yang menjadi sumber inspirasi aku selama ini. Mungkin mereka ini sebahagian daripadanya.
Orang pertama AGCOCO ( Hezry Hafidz )
Aku memang respect gila kat dia ni. Bagi aku dia lah pengganti Man Kidal,Kid Search,Sham Kamikaze pada zaman akan datang. Dia main gitar dengan penuh jiwa,feeling,semua ada. Aku follow up semua lagu-lagu dia buat,kisah muzik dia. Aku memang tak pernah muak tengok dia ni perform,energetik gila! Lagi-lagi kalau riot bersama HUJAN. Memang musician terbaik la dia ni. (bagi aku la) . Aku harap aku boleh seperti dia,berjaya dalam kerjaya muzik. Hang terbaiklah G!
Orang kedua FynnJamal
Haa,ini dia sumber inspirasi aku untuk menulis puisi. Satu buku puisi aku habis tulis. Kak Fynn memang terbaiklah! Ayat-ayat yang dia guna memang power lah, puitis sungguh ayat dan sangat-sangat mendalam makna nya. Apa lagi kalau dia berpuisi,pergh! Sangat-sangat feel sampai menangis. Gila laah. Kehadapan bintang jatuh,puisi nya yang membuat aku terkedu. Teruskan berpuisi kak. Saya sentiasa sokong! :)
Setakat dua ini saja aku nak cerita dulu. Next time aku cerita orang lain pula. Apapun,mereka berdualah memang menjadi sumber inspirasi aku all the time dalam seni. Terima kasih hangpa berdua!
Salam
AG damn awesome! :)
ReplyDeleteSi Hitam Manis : yes,its damn true! :)
ReplyDelete